1.0 Perkataan emosi
Emosi berasal daripada perkataan Greek ‘emovere’ yang bermaksud ‘untuk keluar’. Menurutnya, tujuan emosi ditonjolkan keluar adalah untuk mendapat kepuasan diri. Emosi juga merupakan tindakan balas reflektif secara semula jadi yang telah dikaitkan dalam sistem saraf dalam otak manusia sebagai mekanisme untuk komunikasi perasaan individu. Menurut Daniel Goleman (1997) dalam Mok soon Sang (2010) menyatakan emosi asas (primary emotion) manusia merangkumi rasa marah, sedih, takut, seronok, kasih sayang, terperanjat, jijik dan malu.
Mok Soon Sang (2010) menyatakan bahawa terdapat 190 perkataan emosi yang diungkapkan dalam bahasa Inggeris yang dikenal pasti oleh David Spendlove (2008). Antaranya ialah ‘excited’ yang bermaksud berasa seronok, gembira atau teruja yang merupakan salah satu emosi asas. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), seronok ialah perasaan yang menyenangkan atau menyedapkan hati, sedap didengar atau dilihat. Kamus Oxford (2004) pula menyatakan ‘excited is feeling or showing happiness and enthusiasm’. Chatarina, Wahyurini & Yahya Ma’shum.(2006), seronok adalah ekspresi dari kelegaan, iaitu perasaan terbebas dari ketegangan. Biasanya kegembiraan disebabkan oleh hal-hal yang bersifat tiba-tiba (surprise) dan kegembiraan biasanya bersifat istimewa, iaitu melibatkan orang- orang lain di sekitar orang yang sedang gembira tersebut. Pada pandangan saya, emosi seronok ialah sesuatu perasaan yang sangat teruja atau senang hati apabila mendapat sesuatu yang kita kehendaki atau yang di luar jangkaan kita.
Perasaan seronok yang pernah saya alami ialah semasa pertama kali menjejakkan kaki ke menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur semasa saya berumur 12 tahun. Pada masa itu saya dibawa ke Sky Bridge iaitu jambatan diantara kedua-dua belah menara berkembar itu. Perasaan saya pada masa itu susah digambarkan kerana terlalu seronok dah teruja.
Selain itu, perkataan emosi yang ada ialah ‘gentle’ yang bermaksud lembut. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lembut ialah baik hati atau mempunyai budi bahasa yang elok atau sopan. Kamus Oxford (2004) menyatakan ‘gentle is kind and calm: touching or treating people or thing in a careful way so that they are not hurt’. Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, satu sifat terpuji yang amat disukai Allah dalam diri seseorang Muslim ialah sifat lemah lembut. Oleh sebab itu, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Allah itu bersifat lemah lembut dan amat menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Pada pandangan saya, lembut ialah budi pekerti yang mulia yang dapat menyenangkan hati sesiapa yang melihatnya.
Emosi lemah lembut dalam diri saya dapat dilihat sewaktu saya berinteraksi dengan keluarga terutamanya ibu dan ayah. Pada masa itu saya mengawal segala tingkah laku dan pertuturan agar tidak menyinggung perasaan ibu bapa saya.
Perkataan emosi yang lain ialah ‘humble’ yang membawa erti merendah diri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), merendah diri ialah sikap yang tidak bongkak atau tidak angkuh. Menurut Kamus Oxford (2004), ‘humble referred not thinking that you are better or more important than other peple; not proud’. Rasa rendah diri adalah perasaan bahawa seseorang lebih rendah dibanding orang lain dalam satu atau lain hal. Perasaan demikian dapat muncul sebagai akibat sesuatu yang nyata atau hasil imaginasinya saja. Rasa rendah diri sering terjadi tanpa disedari dan boleh membuat orang yang merasakannya melakukan kompensasi yang berlebihan untuk mengimbanginya, berupa prestasi yang spektakuler, atau perilaku antisosial yang ekstrim, atau keduanya sekaligus. Tidak seperti rasa rendah diri yang normal, yang dapat mendorong pencapaian prestasi, kompleks rasa rendah diri adalah berupa keadaan putus asa parah, yang mengakibatkan orang yang mengalaminya melarikan diri saat mengalami kesulitan. Pada pandangan saya, merendah diri sikap yang tidak sombong dan menganggap diri mereka kurang mempunyai kelebihan berbanding orang lain.
(http://id.wikipedia.org/wiki/Rendah_diri)
Perasaan rendah diri saya sewaktu saya berjaya dalam peperiksaan penting iaitu SPM. Pada masa itu kawan-kawan ,cikgu,saudara mara banyak melemparkan pujian kerana telah berjaya dalam SPM dengan jayanya. Pada waktu itu perasaan rendah diri saya timbul semasa menjawab pertanyaan mereka. Contohnya mereka mempersoalkan cara belajar sehingga boleh berjaya seperti hari ini. Saya hanya menjawab dengan penuh rasa rendah diri iaitu belajar semasa berada di sekolah sahaja.
Di samping itu, perkataan emosi yang lain ialah ‘envious’ yang bererti iri hati. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), iri hati ialah perasaan tidak senang dengan kelebihan orang lain, cemburu dan dengki. Kamus Oxford ( 2004 ), ‘envious is the feeling that you have when someone else has something that you want’. Kecemburuan adalah bentuk khusus dan kekhuatiran yang didasari oleh kurang adanya keyakinan terhadap diri sendiri dan ketakutan akan kehilangan kasih sayang dari seseorang. Seorang yang cemburu selalu mempunyai sikap benci terhadap saingannya. Pada pandangan saya, perasaan cemburu ialah perasaan kurang senang hati terhadap seseorang yang mempunyai sesuatu kelebihan.
Perasaan iri hati saya dikisahkan semasa dapat mengetahui sepupu saya dapat sambung belajar ke luar negara. Hal ini demikian kerana belajar ke luar negara adalah impian saya sejak kecil lagi. Mungkin rezeki tidak menyebelahi saya,dan saya kini ditempatkan di sini iaitu IPGKTAA untuk menjadi seorang guru.
Seterusnya contoh perkataan emosi ialah ‘stressful’ yang bermaksud tekanan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), tekanan ialah emosi yang mengganggu perjalanan fikiran. Kamus Oxford (2004), ‘stressful is causing worry and pressure’. Dr. Muehsam, tekanan berasal dari pengalaman yang kita miliki dalam hidup ini yang traumatis. Kita mungkin memiliki pengalaman yang sangat menyakitkan secara emosional, dan suatu respon alami kemungkinan adalah untuk melindungi diri sendiri dan menginternalisasi emosi ini. Pada pandangan saya, tekanan ialah emosi yang keadaan yang tidak sesuai atau tidak stabil untuk menguruskan sesuatu kerja atau menentukan sesuatu keputusan.
Tekanan yang pernah saya alami ialah semasa berada di IPGKTAA dimana saya mempunyai masalah wang. Elaun yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan sebulan. Kehabisan wang menyebabkan saya akan memikirkan bagaimana untuk mendapatkan sedikit wang untuk dibelanjakan. Masalah keewangan merupakan punca utama menyebabkan diri saya dalam keadaan tertekan.
Selain itu emosi malu sama ada lelaki ataupun wanita. Kamus Dewan (2007), menyatakan bahawa perkataan malu ialah berasa aib kerana membuat sesuatu yang salah atau yang tidak sopan.
Ensiklopedia Malaysiana (1996) pula menyatakan maksud malu ialah rasa aib kerana keburukan dibongkar dan segan kerana hormat.
Kamus Sinonim (1984) pula menyatakan maksud malu ialah perasaan aib,perasaan hina dan perasaan rendah diri.
Selalunya, apabila seseorang itu berasa malu, mukanya akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan cuba untuk lari daripada perkara yang memalukan itu. Contohnya, apabila seseorang diajukan soalan tentang buah hati atau cinta, mereka akan berasa malu dan cuba mengalih topik yang lain. Perasaan malu mempunyai kesan positif dan negatif terhadap seseorang. Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah diri sendiri dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau seperti malu tidak bertempat, mereka mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.
Seterusnya pula emosi marah merupakan emosi yang sering kali timbul dalam perasaan manusia. Kamus Dewan (2007), menyatakan marah ialah berasa panas hati, berang kerana ditipu atau dihina. Emosi marah akan timbul apabila seseorang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), maksud marah ialah berang, murka, panas hati kerana sesuatu perkara.
Kamus Sinonim (1984) pula memberi maksud marah ialah naik angin, naik darah, hangat, sakit hati kerana dihina dan geram.
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut yang menyebabkan kita marah. Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk. Apapun, kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Menurut Aristotle (384-322BC) : “Setiap orang boleh marah – ini sesuatu yang mudah. Tetapi, menjadi marah terhadap orang yang sepatutunya, setakat mana yang munasabah, masa yang betul, cara yang sesuai – inilah kesukarannya. Ini bermakna, kejayaan mengurus perasaan marah amat bergantung kepada kecerdasan emosi individu sendiri untuk mengawalnya.
Selain itu emosi, perasaan simpati merupakan perasaan yang amat penting dan baik. Perasaan ini perlu ada di dalam diri setiap individu untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain khususnya. Kamus Dewan (2007) dan Ensiklopedia Malaysiana (1996), menyatakan simpati bermaksud perasaan belas kasihan atau timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu.
Kamus Sinonim (1984) memberi maksud simpati ialah timbang rasa, syafakat, perasaan belas kasihan dan nuraga.
Perasaan simpati selalunya tercetus di dalam diri apabila melihat perkara-perkara sedih atau kemalangan. Seseorang yang mempunyai emosi ini dipandang mulia oleh orang di sekelilingnya. Perasaan simpati akan terhasil apabila seseorang itu melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami oleh individu lain. Sebagai contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa musibah atau kecekelakaan. Perasaan belas kasihan akan timbul di dalam diri anda terhadapnya lalu anda akan cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kawan anda itu dengan memberi pertolongan yang termampu. Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap binatang dan tumbuhan. Perasaan simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan seperti memberi haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu sakit dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap manusia menjaga serta belas kasihan terhadap haiwan.
Selain itu, gembira juga merupakan emosi yang sering diidamkan manusia setiap manusia kerana emosi menjadikan hidup kita tenang dan harmoni. Menurut Kamus Dewan (2007) dan Ensiklopedia Malaysiana (1996) , perkataan gembira bermaksud sangat suka, sangat girang dan besar hati.
Menurut Kamus Sinonim (1984), maksud perkataan gembira ialah bangga, besar hati, ria, riang, sukacita, dan senang hati.
Jika boleh manusia tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kebimbangan, dan kemarahan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Apabila kita sedih ,kita juga akan gembira pada masa yang lain. Apabila seseorang gembira, maka lahirlah perasaan seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menitiskan air mata kerana terlalu gembira apabila berjaya mencapai apa yang diidamkannya itu. Apabila seseorang gembira, kita dapat lihat yang pipinya akan terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu kerana tiada sebarang masalah yang sedang mereka hadapi.
Selain itu, emosi lain yang terdapat di dalam diri manusia ialah takut. Kamus Dewan (2007) dan Ensiklopedia Malaysiana (1996), menyatakan takut ialah gentar atau gerun menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri.
Kamus Sinonim (1996) pula menyatakan maksud perkataan takut ialah cemas, gentar, tidak berani, tidak sanggup, cabar hati, dan tawar hati.
Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi untuk cuba memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Dari aspek fizikal, seseorang takut jika sesuatu yang bahaya akan berlaku kepada anggota badan. Contohnya, seseorang akan berasa takut untuk menunggang motosikal dengan laju dan berbahaya kecuali mat rempit kerana bimbang kecederaan akan menimpa dirinya jika berlaku kemalangan. Maksud dari aspek psikologi pula ialah takut untuk mencuba dan memberanikan diri untuk memberi pendapat atau idea-idea yang bernas apabila diminta untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, apabila disuruh untuk menyatakan pendapat di dalam kelas oleh guru, pelajar takut untuk bebrbuat demikian kerana bimbang pendapatnya salah. Apabila berlaku ketegangan, maka rasa takut akan muncul. Akan tetapi ketakutan seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain.
Kesimpulannya, manusia dianugerahkan emosi untuk hidup di dunia ini. Emosi ini menggambarkan sifat atau perasaan seseorang pada sesuatu masa. Emosi juga perlu dikawal dengan bijak agar tidak berlaku perkara yang buruk,dah boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.
2.0 Refleksi Introspektif Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri
2.1 Keyakinan diri
Konsep sosio-psikologi tentang keyakinan diri adalah berkaitan dengan rasa keyakinan terhadap diri sendiri daripada segi pertimbangan peribadi, keupayaan, kuasa, dan sebagainya, yang kekadang mencapai tahap berketerlaluan. Profesor Raj Persaud menganjurkan bahawa keyakinan diri yang benar datangnya daripada memegang sikap yang berikut:
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri. Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Justeru itu, kebolehan diri setiap individu mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri sendiri. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri sendiri serta masa hadapan, lebih terbukalah kejayaan kelak.
Pada pendapat saya tentang aspek keyakinan diri dalam diri saya sendiri, saya mempunyai daya keyakinan diri yang sederhana. Hal ini kerana saya merasakan saya mempunyai banyak kekurangan dalam diri sendiri berbanding orang lain. Walau bagaimanapun saya telah mencuba untuk mempertingkatkan keyakinan diri saya dengan menyertai beberapa pertandingan yang diadakan di sekolah pada suatu masa dahulu. Saya percaya bahawa sesuatu pertandingan itu diadakan juga bagi menanam keyakinan diri dalam kalangan pelajar dalam berdepan dengan orang ramai.
Di sekolah dahulu, saya telah memasuki pertandingan sajak dan ‘poem’ dalam bahasa Inggeris sempena Minggu Bahasa yang diadakan di peringkat sekolah. Pada mulanya, saya kurang berkeyakinan dalam berbicara di depan khayalak ramai dan keadaan gemuruh saya telah menyebabkan saya terlupa pada skrip sajak saya tersebut dan menyebabkan saya gagal mengingatkannya kembali dan keadaan itu telah membuat saya terpaksa memberhentikannya di pertengahan tanpa menghabiskan sajak tersebut. Hal ini mungkin kerana itu adalah pertama kali saya berhadapan dengan orang ramai. Seterusnya, bagi sesi ‘poem’ bahasa Inggeris, saya rasa saya telah mendapat keyakinan diri untuk berhadapan dengan audien dan menebus kembali kegagalan saya dalam penyampaian sajak sebentar tadi dan betapa bersyukurnya saya walaupun menjadi peserta pertama saya telah dapat menghabiskannya dengan baik sekali dan saya telah memperoleh tempat pertama dalam pertandingan ‘poem’ tersebut.
Sejak daripada itu, keyakinan diri saya mula bertambah dan saya telah mula mengaktifkan diri dalam beberapa pertandingan seperti pertandingan debat dalam bahasa Inggeris, menjadi pengerusi majlis dalam perhimpunan yang diadakan setiap minggu kemudian aktif dalam penyertaan sukan.
Saya percaya juga bahawa walaupun dalam bidang sukan kita perlulah mempunyai keyakinan diri yang tinggi supaya kita akan memperoleh sesuatu kepuasan dan kemenangan apa yang kita ceburi.
Di samping itu juga, baru-baru ini saya telah memasuki forum yang diadakan di Surau As-Syafie di IPG Tengku Ampuan Afzan bagi mewakili kelas saya dan saya telah menjadi moderator dalam forum tersebut. Dalam situasi dalam kelas juga, kami sebagai guru pelatih sentiasa diarahkan supaya membuat pembentangan dalam kelas dan ini adalah salah satu cara bagi saya untuk melatih diri saya supaya sentiasa percaya pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
2.2 Berorientasikan pencapaian
Mok Soon Sang (2010), menyatakan ciri-ciri individu yang memiliki kompetensi pengurusan emosi kendiri dalam aspek berorientasikan pencapaian perlulah memiliki motivasi intrinsik kuat, mengamal pembelajaran sepanjang hayat, dan boleh melaksanakan tugas dengan sempurna.
Pada pendapat saya, aspek berorientasikan pencapaian dalam komponen kompetensi pengurusan emosi kendiri ini ialah motivasi dalam diri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup atau desakan untuk memperbaiki prestasi sebagai memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan. Dalam situasi hidup saya yang lepas, saya membuat tanggapan pada diri sendiri bahawa saya mempunyai motivasi yang kuat untuk berjaya dalam peperiksaan seperti dalam UPSR,PMR dan SPM. Saya telah mengambil seseorang sebagai pemangkin semangat saya dalam belajar.
Saya masih ingat bagaimana saya dibeza-bezakan dan dibanding-bandingkan dengan kakak saya oleh orang sekeliling setelah saya hanya berjaya memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan UPSR saya dan hanya dapat melanjutkan pelajaran saya di sekolah menengah harian biasa berbanding kakak saya yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan berjaya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP). Oleh yang demikian, sejak daripada itu saya telah berazam untuk membuktikan bahawa pelajar yang belajar di sekolah menegah harian biasa juga mampu menyaingi pelajar SBP.
Pada mula saat itu, saya telah cuba berusaha keras dalam pelajaran saya dengan menghadiri kelas tuisyen, berjumpa guru pada waktu lapang jika ada soalan yang tidak faham, membuat ulangkaji untuk subjek yang berlainan pada setiap hari dan juga menggandakan masa ulangkaji untuk subjek yang lemah contohnya subjek matematik. Saya mengakui saya mempunyai kelemahan sedikit dalam menguasai matematik dan saya telah banyak meminta tunjuk ajar daripada rakan saya yang agak pandai dalam ilmu pengiraan ini untuk mengajar saya. Di samping itu saya telah memotivasikan diri saya dengan mengatakan “ jika dia boleh, aku pasti aku juga boleh melakukannya”.
Akhirnya dengan berkat usaha saya dan tawakal, saya telah berjaya mendapat cemerlang dalam peperiksaan PMR dengan memperoleh 9A dan saya merupakan pelajar yang pertama dalam mendapatkan keputusan 9A bagi sekolah tersebut dan secara tidak langsung saya telah menewaskan rakan saya yang sebelum ini sering mendahului saya dalam peperiksaan bulanan. Tidak cukup dengan gembira itu, saya telah berjaya merealisasikan impian saya untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan 31 Januari 2007 adalah tarikh keramat saya mendaftarkan diri di situ.
2.3 Pengurusan Konflik
Mok Soon Sang (2010), konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali berlaku dalam diri sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan, kumpulan dengan kumpulan. Walaupun konflik pada amnya diperlukan sebagai dysfunctional dan boleh membawa kesan buruk, ia juga membawa manfaat kerana konflik organisasi menggerakkan tindakan analisis dan penyelesaiannya berlandaskan kepentingan organisasi.
Kemahiran pengurusan konflik bererti kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial. Orang yang mempunyai kemahiran pengurusan konflik biasanya mempunyai ciri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir memudahcara, bersikap tolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan.
Dalam situasi kehidupan saya, saya mengakui saya mempunyai kelemahan dalam menguruskan sesuatu konflik. Saya pernah berhadapan dengan konflik dengan orang yang tidak dikenali yang memfitnah, mengata secara teruk dan menunjukkan sikap tidak berpuas hati dengan memberi kata-kata kesat kepada saya melalui mesej di laman sosial Facebook. Saya terlalu tertekan dengan keadaan ini, saya hanya mampu menangis setelah membaca setiap mesej itu.
Selepas itu, saya banyak meluahkan masalah ini pada kawan baik saya dan dia banyak membantu saya dalam memberikan semangat.
Pada mulanya, saya tidak mahu ibu saya tahu akan keadaan ini tetapi semakin lama semakin melampau ayat-ayatnya sehingga mengaitkan ke arah seksual. Oleh sebab terlalu bimbangkan keselamatan diri saya sebagai perempuan, saya terpaksa menceritakan semua kepada ibu saya dan ibu saya telah mengambil langkah untuk menelefon bekas tutor saya untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Bekas tutor saya berpendapat supaya mengendahkannya terlebih dahulu dan jika berlanjutan perlu dilaporkan kepada pihak lebih atasan.
Sementara itu, saya cuba menyelesaikan konflik ini dengan meminta salah seorang rakan saya yang agak pandai dalam IT ini untuk cuba mengesan orang itu. Semakin hari semakin teruk mesej yang saya dapat dan sehingga mengaitkan rakan-rakan kelas saya, rakan-rakan saya yang lain juga turut terasa terkilan dengan mesej-mesej yang dibaca mereka. Mereka mengesyaki orang itu adalah salah seorang rakan kami di kelas itu kerana melalui mesej-mesej itu seperti orang itu mengetahui semua gerak-geri kami di dalam kelas. Kami cuba mengambil langkah dengan berbincang dengan semua rakan kelas kami untuk mendapatkan cerita yang sebenar tetapi malangnya tidak ada kesudahannya kerana tiada sesiapa yang ingin mengaku.
Seterusnya kami mengambil langkah air dengan membaca bacaan yasin secara beramai-ramai supaya dijauhkan dengan hasad dengki orang lain. Akhirnya, orang yang tidak dikenali itu mula berasa takut dan terus meminta maaf dengan saya atas keterlanjuran yang dia lakukan.
2.4 Membangunkan individu
Mok Soon Sang (2010), membangunkan individu bermaksud rela dan berupaya membantu dan membantu dan menggalakkan orang meningkatkan prestasi mereka. Individu yang memiliki kompetensi ini rela memberi tunjuk ajar, menggalakkan orang belajar, membantu orang mencapai kemajuan, membimbing orang supaya berilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran.
Dalam diri saya, saya merasakan saya mempunyai kompetensi ini dalam membangunkan orang lain. Pada zaman persekolahan dulu, saya sentiasa memberi tunjuk ajar dan perkongsian ilmu bersama-sama rakan lain supaya bukan saya sahaja dapat berjaya malah rakan-rakan lain juga. Saya juga pernah disuruh oleh ustazah saya untuk menjadi ketua dalam kumpulan tadarus saya supaya dapat membantu pada rakan-rakan lain yang kurang berkebolehan dalam membaca al-quran.
Semasa semester lepas, subjek Pendidikan Jasmani kami adalah berkaitan olahraga. Saya telah cuba sedaya upaya untuk membantu rakan-rakan yang lain dalam mengajar mereka kemahiran-kemahiran dalam larian oleh sebab saya berpengalaman dalam bidang larian ini. Hal ini kerana saya ingin saya dan rakan-rakan yang lain akan dapat markah yang terbaik bagi ujian amali kami. Selain itu juga, program Semarak kasih yang diadakan di IPGTAA baru-baru ini juga menggalakkan kami supaya dapat membangkitkan semangat adik-adik angkat peribumi kami supaya dapat belajar bersungguh-sungguh untu mendapat kerjaya yang mereka impikan.
2.5 Optimis
Optimistik bermaksud seseorang yang mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Individu ini biasanya mempunyai konsep kendiri positif dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.
Dalam diri saya sendiri sifat kecekalan untuk mencapai matlmat tidaklah tinggi namun sikap ini ada dalam diri saya semasa saya berada di tingkatan 5 dimana saya akan menjalani satu ujian besar iaitu SPM.
Pada sebelumnya markah saya dalam peperiksaan agak teruk hal ini kerana saya tidak bersemangat untuk belajar dan pergi kke sekolah hanya untuk mendapatkan duit daripada ibu dan ayah. Pada peperiksaan percubaan SPM saya gagal. Ibu dan ayah banyak memberi nasihat dan dorongan sehinggalah saya sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan ini.
Saya membuat satu anjakan paradigma dimana saya berazam untuk berjaya dan memperoleh keputusan yang baik dalam SPM dan dengan usha serta dorongan daripada guru,ibu dan ayah,rakan –rakan akhirnya saya berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang sehinggalah saya berjaya menjejakkan kaki di bumi Afzan ini dalam profesyen perguruan.
2.6 Penghormatan Kendiri
Individu yang mempunyai penghormatan kendiri sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambah baik prestasi diri dan memilki penghargaan kendiri yang positif.
Dalam diri saya kompetensi penghormatan diri ini ada dalam diri saya. Hal ini kerana dalam apa jua keadaan saya mengambil langkah berhati hati contohnya semasa membuat suatu keputusan agar tidak terjebak ke jalan yang salah. Dalam melakukan suatu perkara juga saya memntingkan kekemasan,ketepatan dan kelancaran agar suatu perkara yang saya lakukan itu berjaya disiapkan dengan cepat dan betul. Secara tidak langsung perkara seperti ini memberi kesan positif. Contohnya semasa menyiapkan tugasan daripada pensyarah,saya tidak menunggu saat akhir untuk menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan. Selain itu hasil kerja saya setakat ini masih baik ini dibuktikan dengan saya mendapat markah kerja kursus yang baik dan membantu saya dalam peperiksaan.
2.7 Daya Usaha
Daya usaha bermaksud kita rasa terbuka,selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan minda. Hal ini juga bermaksud kemampuan seseorang untuk mencari maklumat yang baru iaitu berfikir secara kreatif dan kritis untuk menjana idea baharu bagi meneyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Dalam diri saya nilai kecerdasan kompetensi emosi dari aspek daya tahan ini kurang menonjol. Saya mempunyai masalah dalam memberikan pendapat dan idea contohnya sewaktu berada di dalam kelas,apabila diminta untuk memberikan pendapat atau pandangan saya hanya tunduk dan menggelengkan kepala. Bagi saya saya lebih suka menerima pendapat atau pandangan orang lain dan ia menjadi pilihan saya.
2.8 Pemangkin Perubahan
Dalam kecerdasan kompetensi emosi pemangkin perubahan bermakud memulkan dan mengurus perubahan dalam sebuah kumpulan iaitu membawa benda baharu. Ia juga mampu menyerapkan perubahan ini dalam kumpulan yang besar ataupun kecil. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti, menjadi model kepada pemangkin perubahan orang lain dan menyokong perubahan tersebut agar mendapat sokongan orang lain.
Pemangkin berubahan dapat dikaitkan dengan diri saya ialah semasa berada di tingkatan 5. Pada masa itu saya menghadapi ujian SPM. Saya berjaya lulus dengan cemerlang dan ini menjadi pembakar semangat kepada adik-adik saya yang lain untuk terus belajar untuk berjaya seperti saya memandangkan saya merupakan anak yang pertama. Contohnya appabila adik-adik enggan pergi ke sekolah,emak menasihati adik denagn menjadikan saya sebagai contoh terbaiknya.
3.0 Situasi Mencabar dan Strategi Mengurus Emosi
Situasi yang mencabar dalam kehidupan saya yang banyak menggunakan emosi dan memerlukan saya menguruskan emosi tersebut dengan baik ialah sewaktu saya berada di Tingkatan 4. Setelah saya mendapat keputusan 9A dalam PMR, saya telah mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh. Emosi saya sewaktu ini, saya amat bersyukur dan gembira kerana akhirnya saya berjaya untuk melanjutkan pelajaran saya di SBP.
Pada 31 Januari 2007, saya telah mendaftarkan diri saya di SBP Integrasi Temerloh. Perasaan saya pada waktu itu saya amat berdebar-debar dan bimbang kerana saya berasa tidak yakin untuk dapat menyesuaikan diri di sana dan bimbang kerana saya tidak mempunyai sebarang kawan untuk dijadikan teman saya. Untuk mengawal kebimbangan saya, saya cuba membuat dialog dalaman dengan bermonolog dengan diri saya sendiri supaya dapat bertahan. Seterusnya saya cuba beramah mesra dengan pelajar-pelajar baru yang lain supaya dapat dijadikan kawan baru.
Seterusnya, saya memasuki dorm saya iaitu dorm P26. Pada waktu itu, saya berasa selesa kerana tidak ada sesiapa yang ada dalam dorm itu. Setelah waktu persekolahan tamat, kedengaran semua pelajar lain menaiki tangga dan memasuki dorm masing-masing. Pada waktu ini, saya amat takut untuk berhadapan dengan ahli-ahli dorm saya kerana risau apa pandangan mereka terhadap saya. Saya menguruskan emosi saya ketika itu dengan bersalaman dengan mereka semua dan berkenalan dengan mereka semua dan saya sangat gembira kerana mereka mengalu-alukan kedatangan saya dalam dorm tersebut.
Memandangkan ini adalah kali pertama saya tinggal di asrama dan berjauhan daripada ibu bapa, pada malam pertama saya itu saya berasa sangat sedih kerana teringatkan ibu bapa saya di rumah. Saya menangis secara senyap-senyap di atas katil saya sendiri dan cuba untuk menenangkan keadaan itu saya telah mengambil kain batik ibu saya untuk dipeluk dan akhirnya rasa kerinduan itu semakin surut. Selama beberapa bulan juga saya cuba menyesuaikan diri saya dengan keadaan di sekolah tersebut dengan suasana sekolah dan asrama serta hubungan bersama pelajar-pelajar lain.
Saya berasa sangat senang hati kerana mendapat rakan-rakan kelas yang semuanya baik hati. Pada hari pertama perkenalan kami sekelas, mereka semua menunjukkan respond yang positif. Hal ini kerana, mereka sangat baik hati menolong kami mengangkat meja dan mencari kerusi untuk kami yang merupakan pelajar baru di situ. Mereka juga sangat peramah dan cepat bermesra dengan kami. Walau bagaimanapun, saya masih berasa sedih dan tidak bersemangat untuk belajar kerana masih teringatkan sekolah lama saya dan masih rindu pada kedua-dua ibu bapa saya. Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan adik dorm yang sangat baik hati. Dia telah banyak menolong saya dalam perkara yang saya masih tidak biasa tentang asrama. Saya telah menjadikan dia sebagai pendorong saya untuk terus bertahan tinggal di asrama. Hal ini kerana saya memikirkan dia lagi berjauhan daripada keluarga berbanding dengan saya dan dia sangat tabah kerana hanya berkesempatan pulang ke rumah pada cuti-cuti panjang sahaja.
Oleh sebab cara pembelajarannya di SBP sangat berbeza dengan sekolah harian biasa, saya sangat sukar untuk menyesuaikan dengan pembelajaran di sana dan menyebabkan saya banyak tidak faham dan ketinggalan dalam kebanyakan subjek. Situasi ini menyebabkan saya tertekan dan berputus asa untuk meneruskan pembelajaran di SBP. Dengan perasaan tertekan ini saya banyak meluahkan perasaan tertekan saya ini pada rakan-rakan saya dan menceritakan kepada kedua-dua ibu bapa saya tentang masalah yang saya hadapi ini. Ibu bapa saya menyuruh saya bersabar dan cuba menyesuaikan diri dahulu. Walau bagaimanapun semakin hari saya semakin tidak boleh bersabar dan semakin tertekan dengan pelajarannya dan menyebabkan setiap kali peperiksaan saya akan mendapat keputusan yang teruk. Selain itu, saya juga akan sentiasa berasa mengantuk di dalam kelas dan kadang kala pasti akan terlena sewaktu cikgu mengajar.
Apabila situasi ini semakin teruk menyebabkan saya semakin sedih kerana saya merasakan diri saya sudah hilang semangat belajar seperti dahulu, saya menyatakan hasrat saya kepada ibu bapa saya untuk keluar daripada sekolah tersebut dan ingin menyambung pelajaran saya di sekolah lama saya. Saya sering membanding-bandingkan sekolah lama saya lebih bagus daripada sekolah SBP tersebut dan menyebabkan ibu saya marah dengan saya kerana sentiasa mengeluh dengan keadaan itu. Ibu saya menyuruh saya pergi berjumpa dengan guru kaunseling sebelum melakukan sebarang keputusan.
Saya amat selesa meluahkan segala masalah saya pada guru kaunseling tersebut kerana beliau banyak memberi semangat kepada saya. Sejak daripada itu, saya mengubah cara pembelajaran saya dengan mengikut nasihat guru kaunseling tersebut. Saya mula menggandakan usaha saya untuk mengejar kembali subjek-subjek yang tertinggal dan saya banyak bertanyakan kepada rakan-rakan yang sesetengahnya merupakan mentor saya bagi subjek tersebut yang lebih pandai. Selain itu, saya kerap berjumpa dengan guru-guru di situ untuk bertanyakan soalan- soalan yang saya tidak faham. Walaupun saya sering dimarahi kerana masih tidak faham-faham dengan tajuk tersebut, saya menganggap guru tersebut menyayangi saya dan ingin saya cepat pandai.
Semakin hari semakin saya memikirkan situasi tersebut, saya berasa bertuah kerana dapat memasuki SBP yang saya cita-citakan selama ini. Saya berasa menyesal kerana tidak menjadi hamba yang bersyukur kerana nikmat yang diberikan itu saya tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya malah menghabiskan masa dengan menangis. Saya berasa bersyukur kerana saya tidak jadi untuk keluar daripada sekolah tersebut dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan alam persekolahan saya di situ juga. Guru kaunseling itu juga berbangga dengan saya kerana dapat mengawal emosi saya dan dapat menguruskan konflik diri dengan sebaiknya sehingga penghabisan peperiksaan SPM.
4.0 Peranan Guru dalam Mewujudkan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Emosi.
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.
Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna, gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti dan akhir sekali gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).
Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan, menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri dan memberi arahan secara lebih positif, menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif.
Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid. Seterusnya pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur, sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.
Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan, air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid, menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran, sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid, sentiasa mengulang isi-isi penting, sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran dan sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas.
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin.
Mok Soon Sang (2007), guru juga boleh menggunakan pendekatan mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Hal ini kerana aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti penggayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.
Selain itu, guru boleh menggunakan banyak alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan guru dengan muris-murid dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
Akhir sekali, seorang guru perlu membantu murid yang bermasalah. Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut atau pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut, dan seterusnya menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini seterusnya akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi antara satu sama lain.
Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.
REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah dengan berkat dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Saya telah mendapat tugasan untuk subjek Kompetensi Kecerdasan Emosi PPISMP Semester 3 bagi tahun 2011 yang menghendaki saya menyediakan portfolio berkaitan emosi. Pada mulanya saya mendapat tugasan in,i pensyarah kami iaitu Encik Mohd Faizal Bin Hassan telah mengambil pendekatan dengan menerangkan kepada kami sekelas dengan jelas.
Seterusnya,saya juga ada berkongsi pendapat dengan rakan-rakan lain dan mengeluarkan idea-idea masing-masing untuk memudahkan kami menjawab soalan-soalan yang telah diberi. Setelah saya melakukan dua di antara enam soalan yang diberi, saya mengadakan perbincangan bersama pensyarah. Pensyarah banyak membetulkan format APA dalam karangan saya dan beberapa ayat yang perlu diperbaiki.
Akhir kata, saya mengharapkan tugasan ini dapat saya praktikkan dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan yang sama dalam tugasan ini seterusnya saya berharap agar tugasan ini dapat markah yang terbaik selaras dengan komitmen yang kami tunjukkan. InsyaAllah.
Sekian..
BIBLIOGRAFI
Internet:
http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=897&Itemid=2 (Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alw)
http://www.scribd.com/doc/17670175/MAKALAH-Psikologi-Konsep-Dasar-Emosi-Done (Chatarina, Wahyurini & Yahya Ma’shum)
http://erabaru.net/kesehatan/61-pengobatan-alternatif/10842-emosi-dan-kesehatan-anda-bag-1 (Dr. Muehsam)
Buku:
Mok Soon Sang (2010), Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Puchong.
Mok Soon Sang (2010), Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Puchong.
Sohaimi Abdul Aziz. (1998). Membentuk Kecerdasan Kanak-Kanak. Pulau Pinang : USM.
|
|
0 comments:
Post a Comment