INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
PPISMP SEMESTER 2
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
PPISMP SEMESTER 2
NAMA MAJALAH/TABLOID :Majalah Ujang
TAJUK ARTIKEL :Cara Berhenti Merokok
PENERBIT :MOY Publication Sdn.Bhd
:27 JUlAI 2009
Cara Berhenti Merokok
Oleh:Karya Top(Kartunis Majalah Ujang)
Orang yang dah hisap rokok banyak ni berpotensi menghadapi risiko diserang penyakit berbahaya, dan keadaan kesihatan diorang ni boleh bertambah buruk seterusnya boleh mampos pada bile-bile masa je... diorang ni amat terdedah ngan penyakit kronik macam emfisema dan sakit jantung.
So, aku harap la korang semua start berubah demi kesihatan diri korang semua. Skang ni dah banyak dah kempen pasal kesan hisap rokok kepada kesihatan diri kita,tapi aku rasa kebanyakan smooker kat Malaysia nie tak ambik kesah sangat ngan kempen yang kerajaan jalankan,buat tak tau cam lembu kenyang je.
Ni aku nak citer skit pasal rokok,aku pon tak tau sangat pasal nie tapi aku ada la terbaca dalam buku pasal rokok nie.Buku tu cakap lepas korang hisap rokok yang last yang lebih dari tempoh masa 12 jam badan korang bekerja sendiri untuk pulihkan diri. Tahap carbon monoxide dan nikotine dalam sistem akan merosot ngan ketara, jantung dan paru-paru akan mula repair kerosakan yang disebabkan oleh asap rokok yang korang hisap.
Tak kira kaedah ape yang korang nak pilih, sama ada berhenti serta-merta, Terapi Penggantian Nikotin (NRT), ubat preskripsi, korang mungkin mengalami gejala tarikan, yang merupakan tindak balas semula jadi badan kepada kekurangan nicotine yang dah biasa diambil.
Namun, ngan guna salah satu terapi berhenti merokok ni… ia akan membantu kurengkan gejala dan memudahkan korang untuk blah daripada rokok.
Memang tak dinafikan la dalam dunia hari ni, mane-mane komunikasi serta-merta dan keupayaan melakukan bermacam tugasan dan meletihkan membuatkan si perokok tegar sukar nak terima hakikat yang nak berhenti rokok nie kena ambik masa yang lama.
Setakat ini, dari ape yang aku bace ada dua category terapi utama untuk membantu perokok mengatasi ketagihan dan kebergantungan mereka terhadap nikotin. Salah satunya ubat preskripsi yang leh membantu mengekang atau mengurangkan kesan nicotine lam badan,dan seterusnya mengurangkan ketagihan nicotine. Satu lagi lak penggantian nikotien (NRT) iaitu bentuk rawatan yang sudah terbukti dan senang korang nak dapat kat mane-mane farmasi.
Ala nak berhenti rokok nie bukan susah sangat pon,Korang just buat keputusan sendiri je yang korang nie nak berhenti merokok.Tu je. Tapi bagi smooker nie tuk buat keputusan nak stop merokok ni agak susah bagi mereka sebab ia menguju daya ketahanan
selaen tu leh guna cara lain tok mudahkan lagi korang nak berhenti merokok ngan korang cari awek.Awek korang tu mesti la tak suka kalau dia punya pakwe hisap rokok kan,so dia pon ngan sendiri nya slalu nasihat korang suh benti merokok.Korang akan berhenti punya.Sayang punya pasal.Tol tak?
Selain tu juga korang isi la masa terluang korang tu dengan aktiviti yang sronok dan tak buat korang rasa bosan.Pada masa lapang korang tu, Korang leh main game kat rumah,layari internet laman sosial, pergi jogging kat taman dan macam –macam lagi benda yang leh buat selain tu asalkan korang tak rase bosan, sebabnya bila rasa bosan tu memori korang akan ingat kat rokok dan buat korang rasa nak hisap rokok.
Setakat ni la dulu cerita aku hari ni, aku harap korang buat la benda yang aku tulis kat atas tu.Aku yakin kalo korang buat sume tu korang leh berhenti rokok.Nanti kalo ada tips yang lebih memberangsangkan aku bagitau korang dalam artikel aku yang lain.
i.ANALISIS POLA KELSERASAN HURUF VOKAL
Bil | Pola | Contoh Perkataan Dalam Petikan |
1 | a----a | Harap sangat jalankan cakap dalam |
2 | a----i | Sakit daripada diambil hakikat |
3 | a----u | Jantung namun kebergantungan satu |
4 | e(pepet)----a | Bertambah penyakit berbahaya kesan |
5 | e(pepet)----i | Sendiri penggantian |
6 | e(pepet)----u | Seterusnya berubah merupakan |
7 | e(taling)----a | - |
8 | e(taling)----e(taling) | - |
9 | e(taling)----o | Memori |
10 | i----a | Diorang kesihatan pulihkan dinafikan |
11 | i----i | Risiko nikotin iaitu dinafikan sikit |
12 | i----u | - |
13 | o----a | Orang kerosakan korang |
14 | o----e(taling) | Boleh oleh |
15 | o----o | Merokok rokok karbon seronok |
16 | u----a | Buat rumah terluang mudahkan |
17 | u----i | Mungkin pulihkan |
18 | u----u | Untuk buruk |
ii.CONTOH KESALAHAN EJAAN
Bil | Pola | Kesalahan Ejaan | Pembetulan |
1 | a----a | Kurengkan bagitau | Kurangkan bagitahu |
2 | a----i | ambik | ambil |
3 | a----u | Mampos | Mampus |
4 | e(pepet)----a | skang | sekarang |
5 | e(pepet)----i | citer | cerita |
6 | e(pepet)----u | - | - |
7 | e(taling)----a | nak | Hendak |
8 | e(taling)----e(taling) | benti | Berhenti |
9 | e(taling)----o | | |
10 | i----a | Tak kesah | Tidak Kisah |
11 | i----i | skit | Sikit |
12 | i----u | - | - |
13 | o----a | - | - |
14 | o----e(taling) | leh | Boleh |
15 | o----o | - | - |
16 | u----a | dah | Sudah |
17 | u----i | - | - |
18 | u----u | suh | suruh |
Ii.Analisis Pola Kekecualian Keselarasan Vokal
a. Contoh-Coontoh Perkataan Yang Tidak Menepati Pola Keselaransan Vokal
Bil | Pola | Contoh Perkataan Dalam Petikan |
1 | a----e(taling) | - |
2 | a----o | - |
3 | e(pepet)----e (taling | kempen |
4 | e(pepet)----o | - |
5 | i----e(taling) | internet |
6 | i----o | - |
7 | u----e(taling) | - |
8 | u----o | - |
9 | a----e(pepet) | - |
10 | e (taling)----i | prekripsi |
11 | e(taling)----u | - |
12 | e(pepet)----e(pepet) | - |
13 | i----e(pepet) | artikel |
14 | o----i | Sosial komunikasi |
15 | o----u | - |
16 | u----e(pepet) | - |
b. Contoh Kesalahan Ejaan
Bil | Pola | Kesalahan ejaan | pembetulan |
1 | a----e(taling) | - | - |
2 | a----o | - | - |
3 | e(pepet)----e (taling | - | - |
4 | e(pepet)----o | Sronok | seronok |
5 | i----e(taling) | - | - |
6 | i----o | - | - |
7 | u----e(taling) | - | - |
8 | u----o | - | - |
9 | a----e(pepet) | - | - |
10 | e (taling)----i | - | - |
11 | e(taling)----u | tempoh | tempuh |
12 | e(pepet)----e(pepet) | - | - |
13 | i----e(pepet) | - | - |
14 | o----i | - | - |
15 | o----u | - | - |
16 | u----e(pepet) | - | - |
iii. Analisis Pengejaan Kata Pinjaman
Bil | Huruf | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | catatan |
1 | c à k | carbon | karbon | Penyesuaian huruf konsonan tertentu |
2 | xà s eà a | monoxide | monoksida | Penyesuaian huruf konsonan tertentu |
3 | cà k yà i | category | kategori | Penyesuaian huruf konsonan tertentu |
4 | eà - | nikotine | nikotin | Penyesuaian huruf konsonan tertentu |
5 | sà - | tips | tip | Penyesuaian huruf konsonan tertentu |
a) Penggunaan Kata Pinjaman
b)Kesalahan Penggunaan Kata Pinjaman
Bil | Huruf | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | catatan |
1 | - | - | - | - |
2 | - | - | - | - |
3 | - | - | - | - |
4 | - | - | - | - |
5 | - | - | - | - |
iv)ANALISIS KESILAPAN UMUM TATABAHASA (MORFOLOGI- kata)
Bil | Contoh Kesalahan | Pembetulan | Catatan |
1 | memberangsangkan | merangsangkan | Kata kerja tidak boleh disertakan tiga imbuhan dalam satu perkataan |
2 | Lebih dari tempoh masa | Lebih daripada tempoh masa | Kesalahan kata sendi nama (masa) |
v) ANALISIS KESILAPAN UMUM TATABHASA (SINTAKSIS-Frasa &Ayat)
Bil | Contoh Kesalahan | Pembetulan | Catatan |
1 | Sayang punya pasal | Disebabkan sayang | Ayat tergantung |
2 | Banyak hisap rokok | Hisap rokok banyak | Kesalahan hukum D-M |
3 | Tol tak? | Betul atau tidak? | Penggunaan kata Tanya yang salah |
vi)ANALISIS ASPEK KESANTUNAN BAHASA
Bil | Contoh kesalahan | Pembetulan |
1 | Aku | Saya |
2 | Korang | Kamu |
3 | Diorang | Mereka |
4 | mampos | Mati |
5 | awek | Teman wanita |
6 | pakwe | Teman lelaki |
7 | blah | Pergi dahulu |
LAPORAN KOMPREHENSIF
ULASAN
1.Kekuatan
Keuatan majalah kartunis ujang ini disebabkan oleh dicerita yang disampaikan banyk unsure lawak jenaka yang menghiburkan terutamanya bagi golongan remaja.Majalah ini juga banayak menyentuh mengenai isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.Majalah ini juga mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana harganya lebih murah berbanding majalah kartunis yang lain.
2.Kelemahan
Kelemahan majalah ini ialah dari segi aspek kesalahan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tidak mengikut garis panduan Dewan Bahasa Dan Pustaka.Majalah ini sedikit sebanayak telah mempengaruhi gaya penulisan pelajar terutamanya semasa menulis karanggan bahasa Malaysia.
3.Cadangan
Cadangan saya ialah kepada pihak penerbit majalah ini diharapkan agar tidak menampakkan sangat kesalahan penggunaan kata,istilah dan kesantunan bahasa dalam majalah ini.Hal ini kerana populariti masyarakat yang meminati majalah ini ialah pelajar sekolah,ini sedikit-sebayak mengelirukan para pelajar tentang penggunaan bahasa melayu yang standard.
4.Rumusan
Konklusinya , jika majalah ini dapat diterbitkan mengikut garis panduaan Dewan Bahasa Dan Pustaka majalah ini mungkin semakin laris dijual.Selain itu penggunaan kata istilah yang salah boleh memepengaruhi pelajar sekolah dan dari aspek kesantunan bahasa pula golongan yang terpengaruh dengan penggunaan bahasa yang kasar seperti mapus ini akan menyebabakan percakapan menjadi tidak sopan.
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
1. Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad ,Teks Pra- U Bahasa Melayu Kertas 1,
Longman , Januari 2005
2. Kamus Dewan Edisi Ketiga,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),Kuala Lumpur
2005
REFLEKSI TUGASAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga amat bersyukur kerana diberi pelbagai nikmat serta kemudahan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pada mulanya saya melakukan perbincangan dengan rakan sekelas mengenai tajuk tugasan. Dalam proses ini juga turut melakukan perbincangan berkenaan dengan tugasan ini.
Pada mulanya saya agak sukar untuk mencari maklumat berkenaan dengan tugasan ini. Namun dengan bantuan kemudahan komunikasi yang sedia ada kini,segala kesukaran kami dapat diatasi dan saya dapat menyediakan bahan tugasan ini dengan mudah. Namun begitu,walaupun kemudahan komunikasi turut membantu,saya juga turut menghadapi kesuntukkan masa kerana perlu menghadiri kuliah ganti dan pelbagai aktiviti lain. Keadaan ini menyebabkan kami perlu membahagikan masa dengan bijak dan teratur agar segala tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah diperuntukkan. Walaupun begitu,saya tetap terus berusaha untuk menyiapkan tugasan ini sehingga sempurna dalam jangka tempoh yang ditetapkan.
Selain itu,kami juga turut melakukan perbincangan dengan rakan yang lain dalam usaha mengumpulkan maklumat tugasan ini.
Akhirnya,tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkan. Hal ini membuatkan saya sekali lagi bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya kami dapat menyiapkan tugasan ini sehingga sempurna.
L
A
M
P
I
R
A
N
A
M
P
I
R
A
N
0 comments:
Post a Comment